Erti Cinta Sebenar.....
- Cinta amat mahal takrifnya. Itulah yang difitrah oleh Allah SWT kepada hambaNya...Cinta hanya tertulis pada perkataan, tetapi gagal dilihat pada zahir...kerana, Cinta itu adalah tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran yang bersatu di dalamnya...Ingat pada yang satu, jujur pada yang setia, setia pada yang kasih, kasih pada yang rindu, rindulah pada yang menyayangimu...
- Cinta takkan hadir kalau tidak dicari...Cinta juga takkan ada kalau tiada siapa yang memberi, tapi mencari biarlah pada yang sudi...Bukan meminta pada yang simpati...Itulah erti sebenar Cinta Suci...
- Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, jika kamu salah seorang daripada insan yang terlalu dicintai oleh si dia, tidak salah sekiranya kamu memberi peluang kepadanya untuk menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan hati dalam mencintai kamu...tak kenal maka tak cinta...Siapa tahu dialah insan yang tepat dan ideal buat kamu? atau jodoh yang kamu nanti-nantikan selama ini? Sebelum menolak, cuba dulu...Semoga Berjaya! (^^,)
No comments:
Post a Comment